About

Monday, February 7, 2011

Malam 7 Febuari 2011

Malam adalah satu anugerah...Malam adalah satu nikmat...Malam adalah satu keajaiban yang kita sendiri tidak tahu akan keistimewaannya, rahmat dan limpah kurnia dari Maha Esa...Setiap apa yang berlaku adalah dengan kehendak-Nya...dari situ kita akan belajar sama ada kebaikan dan keburukan disamping kesalahan atau kejayaan yang kita ciptakan. Sebagai manusia biasa, yang tak lari dari kekhilafan, kita patut merasa bangga kerana diberi kurnia dan nikmat untuk hidup...Dengan kehadirannya malam, suasana menjadi lengkap, keadaan menjadi serba indah, cahaya mentari panas hilang ditelan kegelapan dipancarbulan...Cuma satu sahaja tugas kita didunia ini, iaitu menjadi khalifah, menyebarkan segala kebaikan dan bertebaran menjalani kehidupan normal, selain beribadat dan berbakti pada-Nya...Syukur Alhamdulillah, kurniaan ini tidak berpenghujung, sampailah satu masa nanti ia akan lenyap, hilang ditelan masa, menuju ke satu pengakhiran, iaitu Akhirat




Popular Posts

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More