About

Sunday, December 5, 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah (1432 H)

Masuknya solat fardhu maghrib pada malam ini menandakan berlalulah sudah tahun 1431H dan bermulalah lembaran baru tahun 1432H. Umat Islam digalakkan membaca doa akhir tahun dan juga doa awal tahun. Doa akhir tahun lazimnya dibaca setelah solat Asar dan dibaca sebanyak tiga kali. Doa awal tahun pula dibaca setelah selesai dolat fardhu maghrib dan juga dibaca sebanyak tiga kali. Berikut adalah doa tersebut untuk panduan kita bersama InsyaAllah...

DOA AKHIR TAHUN 

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganmu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam…Amin…

Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, ‘Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.’

DOA AWAL TAHUN

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam…Amin…

Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan,’Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan.’

Saturday, December 4, 2010

Kesetiaan

kesetiaan??? tanpa ia hilang teguh bahagia...hilang ia merana jiwa...tanpanya kita sengsara...without-nya kita akan jadi sia-sia...ingatlah...hidup bukan untuk hanya bersuka-suka...kita hidup adalah atas amanah ALLAH S.W.T. untuk menjadi khalifah di muka bumi...Bukan untuk menikmati segala yang ada di isi bumi...Sedarlah wahai umat2 manusia...aku pun tak seperfect itu...tapi atleast aku sedar bahana kita terlalu obses sangat dengan nikmat dunia...

Friday, December 3, 2010

Hidup selepas Mati

Di pagi hening sabtu...4/12/2010...aku bangun dr tidur pada jam 9.37 minit pg...alahai terlepas subuh lagi...nti aku qada balik...hmm...berat hati nak pergi kerja...atas apa yg dah aku lalui...pahit kelat masam masin payau gundah gulana hampeh hamprak haprak gonjol gile babi lansiau lahabau sume ada...kenapa aku jadi mcm ni???makan tak terjaga...aku rasa berat aku skg pn dah 50kg ngam2...mana Taufik yg dulu...pemain ragbi sekolah, disanjung dan ditabik semua orang...berat badan 65kg...badan feet...muka mmg xhensem...now aku cengkung...xbermaya...kurus kering...kuat menelon...hmm..xtau lah...dah 3 tahun aku jadi mcm ni...sejak dgn aida dulu permulaannya..n now dgn cinta terakhir aku...tp pts jugak...now aku dah xkeje kt secret recipe lg...aku tekad...dah byk sgt dugaan aku lalui mase keje situ...aku mcm tunggul n kuli batak je..kalau aku xda kat situ mmg xpe kn...kedai tu masih mampu buat sale 6000 sehari...smoga berterusan lah kafe tu berjaya...n then fikirlah knapa kak ros, kak tiqah, yat, n lain2 berenti keje...msti ada sebab..aku xnak bgtahu...anyway now hdup aku dah bebas...aku boleh buat ape je aku nak...nak jadi setan balik???boleh...nak jd lebih baik?? boleh..tangisan aku masih xhenti2...ada je yg mengalir keluar...setitis demi setitis ia membanjiri pipi aku yg cengkung ni...='(...kehilangan mak tersayang...kehilangan insan tercinta, kehilangan kerja, kehilangan wang, kehilangan semangat, kehilangan sumber inspirasi...adakah masa depan aku masih cerah?adakah aku akan berjaya seperti yg diimpikan?..now it's time to rest...

Wednesday, December 1, 2010

Azlan The Typewriter feat AG - Jeritan Batinku

Permulaan Hidup Baru

Setelah sekian lama mendiam...aku masih tak dapat nak percaya apa yg berlaku...aku dah kehilangan satu tulang bahu...satu tulang tunjang...satu hati...satu jiwa...ia pergi meninggalkan aku sorang2 disini dengan tangisan yang mencurah2...bagai nak gila rasanya...ntah knapa aku susah nak hadapi semua ni...masuk harini dah 11 hari dia pergi tak bersama aku lg...masih xdapat nak bayangkan btapa pedih...kecewa...pilu...sebak..jiwa meronta2 ARGHHHH!!!....kalaulah mak ada lagi...='(....takda pengganti lg selain dia...hanya dia cinta terakhir aku...sampai aku dah sematkan cincin dalam hati untuk bagi padanya...alangkah merana jiwa bila kehilangan harapan yg kita mahukan kn?dia masih xbenci aku lg...dia masih sayang aku lg...dia masih ada harapan untuk aku lagi...tapi pada hakikatnya aku dan dia dah putus...putus...PUTUS..."sy xsedia lagi",,tu jwpan dia bg krana dia takut untuk disakiti lg...hmmm...airmata darah aku pn dah kluar sampai cm tu skali agungnya cinta dia...Allahualam...tiada pengganti dia...melainkan betul2 dia dah ada pengganti aku...sayang...maafkan saya...

Hanyut

Lirik Lagu Hanyut - Faizal Tahir

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Chorus
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Repeat Chorus

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja

Download this mp3 song at:
http://www.4shared.com/audio/vKcl1OXj/Faizal_Tahir_-_Hanyut.htm

Sunday, November 28, 2010

Kenapa Allah S.W.T. pertemukan kita dengan orang yang salah (Cinta sesama manusia)

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

ALLAHUAKHBAR 3!!!

Tuesday, November 16, 2010

Aidiladha

Labbaik Allah humma labbaik

Labbaik Allah humma labbaik
Labbaik la sharika laka labbaik
Innal hamda
Wan-ni'mata
Laka walmulk
Laa sharika lak.
O my Lord, here I am at Your service, here I am.
There is no partner with You,
here I am.
Truly the praise
and the provisions are Yours,
and so is the dominion and sovereignty.
Masjid -Al-Haram, Mekah, Saudi Arabia.

Friday, November 12, 2010

Kenapa???

Kenape??itu yg slalu bemain dalam fikiran aku...kenapa kenapa dan kenapa?????why???masyaallah...tuhan je yg tahu ape aku rasa...tahla aku jd smakin bingung...jd smakin xkeruan n tak faham ape sbnarnya yg baik dan bagus sgt pada ex dia...smalam dia ternampak ex dia tu kat hostel...dia luahkan sgala apa yg dia rasa pd aku...dia tersangat2 menyayangi ex dia...dia tersangat2 merindui ex dia....Ya Allah..tuhan je tau ape aku rasakan...secara logik dan normalnya...ape yg seorang lelaki akan fikir kalo teman sehidup dia kata mcm tu???kalo kata pd aku ye lah jugak...hepi sangat2...rasa dalam syurga...indah...masalahnya pd org lain..pd org yg xmungkin kembali pd dia...mungkin juga ada peluang untuk dia dapatkan balik cinta dia dulu...tp nampak dri gaya...mmg xkanlah...dia sndri cakap diaxkan kembali pd ex dia even dah merayu2 pn..tp skrg ape yg aku cuba hadapi??dia menangis2 sbb mybe katanya dia tersentuh hati or sakit hati or terkenangkan cinta lama yang ditinggalkan...WHAT THE FUCK???masyaallah....aku yg cuba hadapi semua ni mcm nak hilang pegangan dah...tp aku kuatkan jugak...setahun hampir aku knal dia...setahun jugak aku cuba untuk dia lupakan kisah lama dia...tp aku ni tak ada kuasa...aku cuma sekadar hadir dalam hidup dia mcm seorang sahabat rapat...yg mesra..knapa smua ni terjadi??sampai bila dia nak mcm tu??sampai aku mati??sampai aku dah btl2 takda dalam diri dia??mase tu bru dia nak menyesal ke??or tak kan pnh menyesal???aku pn xtahu...aku dala dilema skg ni...kena pulak masalah ni timbul mase aku tengah exam...YA ALLAH...berikanlah hambamu ini kekuatan berterusan...puas dah aku pujuk dia...aku slow talk dgn dia...bnda yang dah xpasti ada jgn dikenang lagi...nak ikutkan aku dah cukup banyak kehilangan orang yg aku syg...paling sayu ialah MAK kandung aku sndiri...7 tahun lepas dah...mmg susah aku nak trima...bygkanlah dri umur 13tahun aku hilang kasih seorang mak...adik aku lg kesian...umur 8tahun dah takda mak...YA ALLAH...besarnya dugaan yg Kau berikan ini...ex dia tu setanding ke dgn arwah mak aku???mybe mak dia??kalau ikutkan hati nak je aku dtg cari ex dia tu...nak bunuh je...blasah pijak dia puas2..mmg GERAM BETOLLAH!!!! 12 bula aku hadir dalam hidup dia ini aku dapat???mybe sbb tu jgk dia mula berdendam dgn laki2...Kenapa smua ni berlaku??Tu xtermasuk lg rahsia lain...Knape ha knape????? airmata lelaki aku jatuh jgk akhirnya...FUCK!!!

Thursday, November 11, 2010

Nothing

Ape yang aku rasa skg tahla..nothing...just sekadar ye or tak...ntah n xtau...malas n nak...penat n fedup...bila dah baca novel Katerina td...aku tersentuh...betapa agungnya cinta Kasyah...alangkah baiknya kalau aku dihargai seperti kasyah...n alangkah baiknya kalau aku dilayan dan diterima seperti Katerina...Ya Allah...teruskanlah beri aku kekuatan agar terus dapat menempuhi dugaan darimu...AMIN..menunggu penantian Kasyah Lagenda Berakhir...semestinya memberikan aku inspirasi dan semangat untuk terus melayari hidup ini INSYAALLAH

Wednesday, November 10, 2010

Biasa saje

Hai mcm biasalah harini tetap sama dgn hari2 sebelumnya...aku trasa agak senang sikit bila keadaan skrg ada...tak tahu knapa sbb mybe aku dah sikit2 lupakan ape yg aku hadapi...hmm...dia makin hepy n gembira dgn ape dia buat...aku dah xboleh kata apa...biarlah dia heppy...xkan aku nak larang...sampaikan dia ada bgtahu aku..."sy nakal pun sbb sy ni remaja yang meningkat membesar, so sy xnak lah rugikan masa remaja ni"...agak2 korang lah ape yg akan korg fikir n aku fikir???besar btl dugaan yg aku lalui skg..mmglah betul kita xboleh nak bazirkan masa remaja kita dgn bnda2 yang tak berfaedah or something yang merugikan masa...tp atleast kita kne beringat kan??harini dia buat satu keputusan yg aku fikir agak keterlaluan...aku dah puas nasihat dan puas pujuk...tp dia nak jugak..apa blh buat...aku xda hak nak halang dia dr buat mcm tu...aku cuma xnak dia menyesal dikemudian hari je..risiko tinggi...aku sndri pn mmg mengidamkan sebuah gadjet untuk bersosial jgk...aku cuma harap dia faham...dia sedar yg kita ni manusia biasa ...sentiasa lalai...apa kata2 aku cakap kat dia...dia xbalas n xda respon...susahlah aku nak cakap...ape dlm fikiran aku skg adalah yg dia cuma nak sekadar ada dgn aku...tp aku dah usaha..aku dah buat ape yg termampu...ye aku masih muda...tp xbermakna aku nak terus enjoy3 dan enjoy...pengalaman lalu mmg btl2 bg kesan dalam hidup aku...cukuplah sekali ia berlaku dulu...aku dah serik...aku dah tak mampu nak hadapi sume tu lg..biarlah rahsia ni aku simpan sampai bila2...xsapa tahu kcuali family aku..aku cuma xnak ape yg aku lalui berlaku pd dia..sb dr gaya dia mmg seakan2 makin lalai dgn ape yg dia ada skg...mcm dah lupa sgalanya...aku cuma harap satu hari nanti dia akn sedar...tp bila???

Tuesday, November 9, 2010

Sama je

Dia makin rapat dgn budak tu...hmm susah aku nak bayangkan dia btl2 dah jauh dgn aku skg...walaupun still blh contct dgn fone...tp dia xboleh bezakan aku ada atau tak...dia lebih kepada budak tu...Ya Allah berilah aku kekuatan agar aku berjaya menahan segala rasa iri hati ini...Mcamana aku tak iri hati kalau dah hari2 dia ngadap n jumpa dak tu???mmglah kawan, bff, best friend forever...aku takut kalau jadi boyfriend future forever je...aku syg dia sangat..tp knapa dia susah sgt nak faham isi hati aku?xboleh ke dia buang rasa tu dan setia kepada aku??dia berdendam ke dgn aku??or dia berdendam dgn lelaki??hanya tuhan sahaja yang tahu...aku btl2 rasa down sangat2 skg...ape ayat2 dia tls kat blog tu btl2 menyakitkan hati aku...bila aku tanya pada kwn2 lain, dorang dah komfem2 akan sound awek dorang kalo buat mcm tu...n kwn2 pompuan aku pn cakap yang dorang xkan buat mcm tu pd bf dorang...aku ni dijalan yang salah ke??xkan krana salah aku yang lepas dia nak berdendam dgn aku>??aku mmg boleh komfem punya si budak laki tu mmg ada rasa cinta kat awek aku ni...aku brani potong tangan lah kalau tak suka...dah hari2 jumpa..dah btl2 take care pasal awek aku...then ape fungsi aku sbnarnya??Ya Allah Ya Tuhan...Tunjukkanlah jalan yang sebenar agar hambamu ini dapat ketenangan Mu ya Allah...sabar manusia ada batas kan??tetapi knapa dia terus menerus sakiti hati aku???ape yg dia nak sbnarnya aku pn xtahu...ish btl2 menguji lah...now dia tgh exam...aku doakan yg terbaik je untuk dia...semoga dia terus berjaya dalam apa dia buat sekalipun...biarlah aku tanggung semua ni dgn hati terbuka...sbb aku yakin...Tuhan akan balas balik kebaikan atas ape kebrukan yg aku dapat...INSYAALLAH AMIN

Monday, November 8, 2010

Pagi Yang Gelap

Selamat pagi semua...=) xtaw tday nape tbe2 plak aku nak tlis blog..first time ever...haha tahla, tbe2 jgk nak buat mcm style diary...sejak2 ni mcm2 blaku dlm life aku..almaklumlah sangat2 lah busy...cuma harini xda class..aku luangkan sikit masa nak melepas tension..hmmm best kan kalau ada org yang betul2 jaga kita...sng cakap either boyfriend of girlfriend...tp dgn usia semuda ini 20 tahun...xsemua orang akan bahagia bila bercinta..biasalah masing2 sibuk dengan hal sendiri...waktu bahagianya mase mula2 knal jelah dulu...ianya terjadi kat aku skrg...terasa mcm sekejap je masa berlalu..yelah aku pn dah nak hbis blajar...now aku rasa seolah2 susah sgt nak berkomunikasi...kdg2 down...kdg2 terasa hati...kdg2 sakit hati...kdg2 makan hati...kdg2 jealous...tp smua tu blaku sbb aku sndri...aku xsalahka dia...mmg btl waktu muda2 mcm ni masing2 nak enjoy...masing2 nak bebas...masing2 nak hbiskan usia muda dgn pkara yang menghepikan diri...mybe aku dah terfikir kehadapan sgt...sbb aku dah rasa bahagia dah rasa semua ape aku lalui dah cukup...sampaika aku lupa apa itu remaja...tahun depan dah nak tinggalkan dunia remaja...kehidupan dah mula berubah...cuma harapan aku biarlah sesuatu relationship tu berakhir dgn sebuah ikatan..aku xnak paksa sapa2...cuma aku dah bersedia...mmg lelaki pd umur 20 tahun tak matang lg...kdg2 aku pn bersikap mcm budak2...tp tu smua lumrah kan??aku slalu berhadapa dgn situasi dimana perempuan tak akan percaya 100% pd lelaki...disebabkan kisah lampau dorang...ape makna smua tu??? bukan ke kita kne mulakan hidup baru selepas apa kekecewaan kita melanda??xsemua lelaki sama...xsemua lelaki bersifat mcm tu...n now bila aku dah btl2 bersdia...dah btl2 curahkan sgala kematangan aku...aku jd mangsa keadaan...aku xnak dah pkara 3-4 tahun lalu berlaku lg pd hbungan skg...tp tu lah...aku hanya mampu berdoa...dia lbh matang dalam hal2 ni...tp cinta lama aku pn mengajar aku erti sebuah phubungan...sbnarnya xsalah kn kte nak mencuba sesuatu yg bru...berhijrah...kecewa mmg aku kcewa...aku cuma harap satu hari nanti dia akan sedar akn khadiran aku..INSYAALLAH

Thursday, October 21, 2010

Tanda Lelaki Sayang

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini tiba-tiba menjadi selambut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan sanggup melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun lelaki, dia akan mengalirkan airmata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan atas pengorbanan yang dilakukan lelaki umtukmu itu...

Sekiranya kamu menyedari teman lelakimu itu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu demi kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak salah memilih teman hidup. Situasi ini sudah terang-terangan menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah seorang yang berdamping dengan mu sekadar suka-suka ataupun mengambil kesempatan, tetapi atas dasar cinta yang sebenar...Betapa beruntungnya kamu..

Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa membuat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya si dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan suatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. padanya, sudah menjadi tanggungjawab untuknya membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang disayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi hubungan antara kamu. Jadi terbukalah hati untuk menerima tegurannya, yang baik dijadikan teladan yang buruk kita lupakan...

Jika hati sudah sayang, maka macam-macamlah yang akan kamu fikirkan termasuklah bimbang takut akan kehilangannya. Begitu juga bila teman lelakimu menyatakan dia selalu memikirkan dan merisaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu memikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Setiap saat baginya amatlah bermakna ditambah dengan kerisauan yang melampau, sedangkan kamu senang hati memikirkan "aku hot, cantik, ramai lagi lelaki didunia ini"...Kalau boleh biarlah sesuatu perhubungan itu kejinjang pelamin, barulah berbaloi!

Ia lucu, tapi itulah hakikatnya apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian darimu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, cubalah memujuknya. Jangan pula kamu sangka sifat manja si dia itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berpewatakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja...percayalah

Kamu menghadapi masalah dan orang pertama datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa tanggungjawab yang tinggi untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya...

Kamu memberitahunya yang kamu akan pergi ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba si dia menjadi menggelabah dan tidak menentu, kamu boleh lihat reaksinya ketika itu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya...

Sekiranya teman lelaki kamu sentiasa bertanyakan "awak masih sayang saya??" Jangan anggap persoalan itu sesuatu yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya luntur. sebab itulah kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia mahu kamu sentiasa ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya, walaupun belum mempunyai ikatan sah, ia sebagai dorongan kepadanya agar lebih bersedia dan bersemangat memulakan hidup bersama kamu...

Si dia sanggup menitiskan airmata demi kekasihnya...Bukan senua lelaki sanggup menitiskan airmata untuk seorang wanita. Tidakkan kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu?? Kasih sayangnya pada kamu melebihi segalanya, sayang pada manusia lain dengan sayang kepada tuhan, sayang kepada agama. Kamu akan menyesal dengan ketulusan hatinya sekiranya kamu menolak cintanya, kerana airmata lelaki umpama sebutir berlian, hanya kehangatan melampau sahaja yang mempu mencairkannya.

Manusia tidak ada yang sempurna, samalah juga teman lelaki kamu, tidak lari dari buat silap dan kadang-kadang buat kamu kecik hati. Tapi kalau si dia nak berubah adalah satu perkara yang baik dan kamu perlu sokong dia. Berilah masa dia untuk berubah. Nak berubah ni bukan senang tapi kalau dia berubah demi untuk kebahagiaan kamu, itu suau perkara yang baik. Janganlah kamu mencari pengganti si dia semata-mata kamu kecik hati dengannya..Dan kamu pasti ke pengganti si dia itu mampu membahagiakan kamu??

Dan pengorbanan paling besar sekali gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu, adalah betapa si dia lebih mementingkan dirimu daripadanya sendiri. Apa yang dilakukan adalah semata-mata untuk kamu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dengannya. Jadi hargailah lelaki dan terimalah mereka seadanya. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar lelaki. Kesempurnaan sukar dicari, tetapi ketulusan akan dapat diberi sekiranya kamu juga benar-benar tulus menyayanginya...

Setiap pasangan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kalau kamu rasa pasangan kamu banyak kekurangan dan selalu sakitkan hati kamu lalu kamu cari penggantinya, alasan kamu dah tak serasi dan dah tak ada hati, dah tawar hati. kamu pula macam mana? Adakah kamu itu tidak pernah buat silap? Adakah kamu tidak pernah sakitkan hati pasangan kamu? Adakah kamu ini setaraf dengan Siti khadijah? Setulus Zulaikha? Sekuat sumaiyyah? Semulia Aisyah???

Jangan biarkan ego menguasai perasaan kalau kamu tidak pasti akan menyesal suatu hari nanti.. Kamu sering menyalah lelaki bahawa lelaki lah paling kuat egonya..Walhal manusia semua sama, ada perasan itu dalam setiap diri masing-masing. Adakah kamu perasan yang kamu itu sendiri terlalu ego??

Mungkin pasangan kamu tidak sempurna, tapi kalau kamu dapat merasai keikhlasannya itu lagi baik. Dan keikhlasan itu tidak boleh dilihat, tetapi boleh dirasa dengan hati..

Tuhan menciptakan lelaki dan wanita untuk berpasangan, bukan untuk menyakiti dan disakiti. Sebaiknya kita redha dan tawakal atas segala dugaan dan cabaran dalam melalui hidup bersama pasangan. Kita yang memilih jalan itu, bukannya dipaksa. Kita beruntung kerana memiliki daya penarik yang berjaya menambat hati kekasih hati kita, sekiranya kesempurnaan yang dicari semata-mata untuk hidup bahagia, kita akan kalah dalam percintaan dan kita akn sentiasa berada ditahap terbawah..Jangan beri harapan kalau hati kita tidak sukakannya, lebih baik berterus terang dari terus mencemarkan kita sesama umat manusia.  

The Nakals (Fatboy & J-Black) - B E P Jawa

Monday, October 18, 2010

Maher Zain - Insha Allah | ماهر زين - إن شاء الله

Friday, October 15, 2010

Silver Tortoise Restaurant : Seafood Themes

Masa : 1200 pm - 1500 pm
Tarikh : 19/10/2010 - Selasa
Tempat :
8 Floor, Wisma Sachdev Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur Metropolitan University College




Kami pelajar-pelajar jurusan seni kulinari membuka peluang kepada sesiapa yang berminat mencuba kepelbagaian makanan yang disediakan sendiri oleh kami. Pelbagai jenis masakan dan minuman moktail dapat dijual dengan harga paling minima. Semua dijemput hadir bagi merasai kelainan hidangan yang jarang-jarang terdapat di negara kita. Harga maksimum adalah RM17.00 nett dan harga paling minima ialah RM12 nett. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah datang terus ke Mock Restoran pada hari yang ditetapkan diatas. Kami juga sudah tentu memberikan layanan dan kemudahan bagi setiap pelanggan yang datang. 'FREE GIFT" akan diberi jika membeli tiket awal dari tarikh yang ditetapkan. Untuk tempahan bolehlah menghubungi saya:

TAUFIK : 0133234085
Reservation Awal adalah digalakkan kerana tempat adalah terhad..

Semoga dengan kehadiran para pelanggan sekalian dapat meningkatkan lagi produktiviti kami dengan aplikasi yang kami pelajari selama ini, untuk memberikan yang terbaik kepada para pelanggan sekalian..

Menu pada 19/10/2010 (seafood)

Appertizer
- Seafood Cocktail with Iceberg Lettuce Bases and Strawberry Mayonnaise



Soup
- Prawn Bisque with Garlic Bread



Main Course
- Beef/Chicken/Vegetarian Lasagne with Fries and Coleslaw



Dessert
- Panna Cotta with Peach and Red Cherry



ONE SET OF TABLE D'HOTE MENU : RM13.90 Only
ALA'CARTE RM2.50 to get the special mocktail : Pineapple Lemon Fresca
RM16.00 nett is the complete meal with mocktail (EARLY RESERVATION ONLY)

Kami akan membuka restoran pada setiap hari SELASA, sampai ke hujung tahun ini...Sekian

Wednesday, October 13, 2010

Ku Tiba Lagi - Hyper Act.(OST L.H aka Lukisan Hati)

Kekanda Adinda (Monoloque vs. Atilia)

Wednesday, October 6, 2010

Luahan Seorang Lelaki Mengenai CINTA - sinacmusic

Luahan seorang lelaki...

Semua orang pernah bercinta kan? Lebih2 lagi kita yang masih muda remaja ni...
Dulu mase kita mula2 bercinta, terasa banyak sangat kenangan2 manis yang kita lalui...
"hai awak...saya minat kat awak..ada no. fone tak??"
Dulu kita seringkali mengucapkan kata2 manis, kata2 cinta, kata2 sayang pada orang yg kita cintai..
"awak ni...buatkan saya serba salah sangat2 pada awak"
Dulu kita sanggup tinggalkan kawan2, orang2 sekeliling kita hanya untuk si dia
Dulu kita rasakan dialah yang sangat2 baik, memahami, sayangkan kita, ikhlas dengan kita...
Dulu jugaklah kita sanggup makan mee segera je krana nak simpan duit untuk keluar dating dgn si dia...

Tapi bila sampai satu masa kita lama bercinta, terasa ada sesuatu yang wajib, harus, lumrah berlaku pada kita (lelaki)...
Kita dilabel mengongkong...
Kita dilabel menyogok...
Kita dilabel melampaui batas...
Kita dilabel keras kepala...
Kita dilabel panas baran...
Kita dilabel orang yang selalu menyakiti hati mereka...
Kita dilabel sebagai orang asing dalam dirinya...

Padahal dulu masa mula2 bercinta adakah kita sedar yang si dia pun sama macam kita?
Kita sedar tak yang (lelaki) ini hanya setia kepadanya?
Kita sedar tak bahwa sifat semulajadi lelaki ni ialah melindungi, menyayangi, setia?
Kita sedar tak kenapa banyak kes2 lelaki tinggalkan perempuan sebab ape?
Kita sedar tak kenapa lelaki ada 4 kouta??
Kita sedar tak kenapa lelaki ego?
Kita sedar tak kenapa lelaki diciptakan tuhan dalam dunia ini??
Kita sedar tak knapa banyak kes2 rogol?
Kita sedar tak kenapa wanita dijadikan lemah, lelaki gagah??
Semua ni sifat semulajadi lelaki...

Tapi bg wanita...adakah hanya sekadar mainan?
Adakah cinta masa remaja cinta monyet?
Kita sama2 dah besar...masing2 boleh nilai mana baik mana buruk kan..
Mana matang mana muda mana tua..


Walhal kita (lelaki) sanggup berbuat apa saja untuk mendapatkan kesetiaan kekasihnya..
Kita tak buta dgn cinta kepada manusia...
Selagi Allah S.W.T. memberikan kita peluang, kita akan gunakan sebaik2nya...

Lelaki tak mintak sesuatu pun yang berat semasa bercinta...
Hanya keikhlasan...
Kesetiaan...
Memahami...
Saling bekerjasama...
Dimanjakan..(ha ni yg slalu buatkan perempuan benci pada lelaki)
Pemberi semangat...
Motivasi diri...
Sokongan...
Lelaki tak mintak pun belaian, ajakkan, atau perkara yang melampaui batas spt seks...
Jika lelaki tau apa itu ISLAM...
Walaupun banyak lelaki yang mata keranjang, buaya, gila seks, bernafsu kuda...
Fikirkan...kenapa dia boleh jadi macam tu???
Tuhan tak jadikan sesuatu tanpa sebab dan alasan kan??

Kekuatan lelaki bukan ada pada batinnya, bukan pada fizikalnya...
Tapi pada ilmu...
Ilmu dunia dan Ilmu AGAMAnya...


Wahai wanita-wanita...berfikirlah sejenak...ambil masa...jangan hanya kita bercinta untuk kepuasan usia remaja semata2..
Sebab sekali lelaki jatuh cinta...mereka akan terus setia...
Macam2 plan, peta, mind map, teropong, kamus, ensiklopedia ada dalam fikiran dorang (lelaki) bila mereka berminat melakukan sesuatu...
Macam2 angan2 dorang akan fikirkan...cth: berkahwin, hidup bahagia..ada anak..seks
Tapi wanita tak fikir macam tu kan???
Wanita hanya cari lelaki yang terbaik..tapi tak cari lelaki yang benar2 berfikiran mcm spt sy nyatakan td...
Tuhan akan tolong hamba-hambanya yang menginginkan sesuatu...
Walaupun pada masa sekarang kita nampak miskin, kita nampak daif..
Dengan adanya inspirasi (wanita) disisi lelaki...Insyaallah, percayalah lelaki boleh jadi lebih hebat dari yg anda nampak pada masa ini...
Jikalau anda merasakan lelaki hanya tempat untuk menumpang populariti, tempat untuk menumpang bajet, menumpang aset...
Jujurlah pada diri sendiri...Tinggalkan sifat tu..
Sebab sekali lelaki teranaiya...tu yg banyak kes2, banyak curang menyurang, banyak seks sblum kahwin, banyak tipu menipu...
Faham2 sajalah kenapa lelaki, pada tanggapan sesetengah perempuan, sangat2 buruk...
Memang perangai lelaki buruk...tapi lelaki akan jadi yang terbaik untuk anda jika anda buat yang terbaik, termampu untuk mereka...
Kata orang, nak jaga lelaki ni kena jaga perutnya...
Kata orang, nak jaga perempuan ni jaga kesetiaan, kasih sayang padanya...
Betol or tak???
Anda nilailah sendiri...

Salam, sinacmusic

7 Keajaiban Terbaru Dunia (2010)

Grand Canyon1. Grand Canyon
Grand Canyon adalah sebuah jurang tebing-terjal, diukir oleh Sungai Colorado, di utara Arizona. Jurang ini merupakan satu dari Tujuh Keajaiban Dunia dan sebagian besar berada di Taman Nasional Grand Canyon; salah satu taman nasional pertama di Amerika Serikat. Presiden Theodore Rooseveltmerupakan salah satu pendukung utama wilayah Grand Canyon, mengunjunginya dalam beberapa kesempatan untuk berburu singa gunung dan menikmati pemandangan alam yang luar biasa.
Jurang ini, diciptakan oleh Sungai Colorado memotong sebuah selat selama jutaan tahun, panjangnya kira-kira 446 km, dengan lebar mulai dari 6 sampai 29 km dan dengan kedalaman lebih dari 1.600 m. Hampir dari 2000 juta tahun sejarah Bumi telah terpotong oleh Sungai Colorado dan anak sungainya lapis demi lapis sedimen ketika Dataran Tinggi Colorado mulai terangkat.
Grand Canyon pertama kali dilihat oleh orang Eropa pada 1540, García López de Cárdenas dari Spanyol. Ekspedisi saintifik pertama ke canyon ini dipimpin oleh Mayor AS John Wesley Powell pada akhir 1870-an. Powell menunjuk ke batuan sedimen yang terbuka di jurang sebagai “daun dalam buku cerita agung”. Namun, jauh sebelum masa itu, wilayah ini telah ditinggali oleh Penduduk Asli Amerika yang membangun tempat tinggal di tembok jurang ini.


Great Barrier Reef2. Great Barrier Reef/Karang Penghalang Besar
Great Barrier Reef adalah kumpulan terumbu karang terbesar dunia yang terdiri dari kurang lebih 3.000 karang dan 900 pulau, yang membentang sepanjang 2.600 km. Karang ini berlokasi di Laut Koral, lepas pantai Queensland di timur laut Australia. Sebagian besar wilayah karang ini termasuk bagian yang dilindungi oleh Taman Laut Karang Penghalang Besar (Great Barrier Reef Marine Park).
Karang Penghalang Besar (KPB) dapat dilihat dari luar angkasa dan kadang disebut sebagai organisme tunggal terbesar di dunia. Pada kenyataannya, ia terbentuk dari berjuta organisme kecil, dikenal dengan sebutan polip koral (coral polyp). KPB dipilih sebagai sebagai salah satu Situs Warisan DuniaUNESCO pada tahun 1981.
Kekayaan biodiversitasnya, perairannya yang hangat dan jernih, serta keterjangkauannya dari fasilitas terapung yang disebut live aboards, membuat karang ini menjadi tujuan pariwisata yang sangat populer, terutama bagi para penyelam scuba. Banyak kota di sepanjang pesisir pantai Queenslandyang menawarkan wisata laut ke karang ini setiap harinya. Beberapa pulau kontinental juga telah berubah fungsi menjadi resor.


Mount Everest3. Mount Everest
Mount Everest adalah gunung tertinggi di dunia (jika diukur dari paras laut). Rabung puncaknya menandakan perbatasan antara Nepal dan Tibet puncaknya berada di Tibet. Gunung ini mempunyai ketinggian sekitar 8.850 m. Gunung ini mendapatkan nama bahasa Inggrisnya dari nama Sir George Everest. Nama ini diberikan oleh Sir Andrew Waugh, surveyor-general India berkebangsaan Inggris, penerus Everest. Puncak Everest merupakan salah satu dari Tujuh Puncak Utama di dunia.






Air Terjun Victoria4. Air Terjun Victoria
Air terjun Victoria merupakan salah satu air terjun paling spektakuler di dunia. Air terjun ini terletak di Sungai Zambezi, yang pada saat ini membentuk perbatasan antara Zambia dan Zimbabwe. Air terjun ini memiliki lebar kira-kira 1 mil (1,6 km), dengan ketinggian 128m (420 kaki).
David Livingstone, penjelajah Skotlandia, mengunjungi danau ini pada 1855 dan menamakannya atas nama Ratu Victoria, sedangkan nama lokalnya adalah Mosi-oa-Tunya, “asap menggelegar.” Air terjun ini merupakan bagian dari dua taman nasional, Mosi-oa-Tunya National Park di Zambia dan Victoria Falls National Park di Zimbabwe, dan juga Situs Warisan Dunia UNESCO. Air terjun ini merupakan obyek wisata utama di Afrika Selatan.


Northern Lights
5. Northern Lights
Salah satu keajaiban dunia adalah Northern Lights atau dikenal juga dengan istilah Aurora Borealis. Kejaiban cahaya warna-warni ini terbentuk akibat interaksi lapangan magnetik di Bumi dengan partikel matahari.






Volkano Paricutín6.Volkano Paricutín
Volkano Paricutín, adalah sebuah gunung berapi yang terdapat di negara bagian Michoacan, Meksiko. Sebelum tahun 1943 gunung berapi ini tidak ada, namun tiba-tiba terdapat aktivitas vulkanik yang mengakibatkan orang-orang di sekitar sana mengungsi, gunung muda itu terus bertambah tinggi, dalam sehari menjadi 50 meter dan saat ini aktivitasnya bisa dikatakan berhenti, dan ketinggian gunung mencapai 336 meter.



Pelabuhan Rio de Janeiro7. Pelabuhan Rio de Janeiro
Rio de Janeiro (bermakna “Sungai Januari” dalam bahasa Portugis) adalah ibu kota Negara Bagian Rio de Janeiro di Brasil bagian tenggara.Kota ini mempunyai luas sebesar 1.256 km² dan penduduk sekitar 6.150.000 juta jiwa (2004).Sekitar 10 juta orang tinggal di wilayah metropolitan Rio de Janeiro Raya, yang saat ini merupakan kota terbesar keempat di dunia.
Letak pelabuhan Rio De Janeiro sangat unik yaitu tepat berada di ujung muara sungai antara pertemuan laut dan sungai, selain kota pelabuhan kota tersebut juga mempunyai letak dan pemandangan geografis yang sangat indah, Brazil ditemukan dan dijajah oleh portugis pada tahun 1565 sehingga budaya , bahasa, kebiasaan, juga makanan mengacu kepada negara portugal yaitu karena adanya ikatan bathin antara dua negara tersebut.






Popular Posts

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More